RO(Reverse Osmosis) Water atau air osmosis berbalik sebenarnya tidak baik untuk diminum. Saya nak kongsikan pengetahuan tentang keburukan air osmosis berbalik a.k.a RO Water. Semoga bermanfaat bagi semua pembaca di blog ini.
1.TIDAK MENGANDUNGI SEBARANG ZAT
Air R.O adalah air paling kosong. Dikenali juga sebagai air mati. Memang bersih dan bebas daripada kuman tetapi tidak membawa manafaat kepada keperluan kesihatan kita. Kita hendak keluarga kita minum air yang berzat, bukannya air kosong.
2.TIDAK ADA ELEKTROLIT MINERAL (AMAT BERBAHAYA!!!)
Apabila sesuatu air tidak ada elektrolit mineral, ia amat cepat menyerap radikal bebas daripada makanan yang masuk ke dalam badan kita. Radikal bebas memang kita ketahui merupakan penyebab utama pelbagai penyakit berbahaya di dunia ini. Radikal bebas ini pula akan digunakan di mana sahaja air itu sampai. Jika air itu digunakan di otak, maka radikal bebas akan ke otak. Kalau air itu beroperasi di jantung, paru-paru, buah pinggang, usus-usus dan lain-lain, maka ke situ jugalah radikal bebas tadi akan beroperasi sama. Alangkah bahayanya!
3.MELEMAHKAN SISTEM PERTAHANAN/ IMUN BADAN
Oleh kerana air R.O tidak ada sebarang zat, maka apabila ia masuk saja ke dalam tubuh, ia juga akan menyerap/ mencuri zat-zat yang ada dalam tubuh kita. Hukumnya sama seperti gula biasa yang kita gunakan. Oleh kerana ia tiada sebarang zat/ nutrien, maka ia akan mencuri zat daripada badan kita sebaik sahaja ia masuk ke dalam badan. Ini amat berbahaya terutamanya kepada orang yang telah sedia sakit. Sudahlah sakit, akan kehilangan zat pula. Air RO amat bahaya jika diberikan kepada mereka yang sakit. Hentikan hari ini juga.
4.TIDAK ADA MINERAL
Mineral sangat penting untuk tubuh badan kita. Sebab itu Allah menjadikan semua air tawar di dunia ini mengandungi mineral dan hidup pada zaman yang lampau. Oleh kerana dunia semakin tercemar, maka takungan air mineral hidup ini hanya tinggal 5 tempat sahaja di seluruh dunia . Cuba fikirkan? mengapa kerajaan tidak membenarkan air RO yang dibotolkan dilabel sebagai air mineral- mesti ditulis sebagai air minuman sahaja? Mengapa? Ini kerana air mineral sangat tinggi nilainya dan mesti sah sumbernya, barulah boleh dilabel sebagai air mineral.
Maklumat ini saya dapat setelah membuat pencarian di internet. Anda boleh juga baca versi orang puteh punya di Wellsphere, ArticaleBase dan Demineralised water.
Blondal Water Filter mangandungi air berakali dan secara langsung dapat membantu kesihatan anda. Kami sudah berada dalam industries lebih 40 tahun dengan kualiti terjamin, Blonda outdoor water filter j juga mempunyai Halal activated carbon berbanding product lain.
Menyediakan sistem bayaran ansuran mudah, cash atau 0% interest Payment plan.
Melaburlah dengan bijak.
please info riset
ReplyDeleteThanks